Last updated on Julai 9th, 2021

SUKAN KOMANWEL

Slider
Temasya Sukan Komanwel yang mula diperkenalkan sejak tahun 1930 adalah merupakan antara temasya terpenting selepas Sukan Olimpik dan Sukan Asia yang diadakan setiap 4 tahun sekali. Temasya ini dianjurkan oleh Persekutuan Sukan Komanwel (CGF). Temasya ini disertai kesemua negara-negara bekas jajahan British yang terdiri dari 5 buah benua. Malaysia mula mengambil bahagian sejak tahun 1950 melalui nama Malaya pada ketika itu di mana kejohanan tersebut dikenali dengan nama British Empire Games. Pada tahun tersebut sebanyak 2 pingat emas, 1 perak dan 1 gangsa telah dimenangi yang kesemuanya melalui sukan Angkat Berat.
Sejak tahun 1950 sehingga 1990 hanya 2 sukan yang menyumbangkan pingat kepada negara iaitu Angkat Berat dan Badminton secara berasingan. Tahun 1994 merupakan pertama kali kedua-dua sukan tersebut menyumbangkan pingat bersama-sama. Sukan Komanwel 1994 menyaksikan kontinjen negara memperolehi 7 pingat iaitu 2 pingat emas, 3 perak dan 2 gangsa iaitu 6 pingat dari acara badminton dan 1 dari sukan angkat berat. Dengan kutipan 7 pingat tersebut menjadikan jumlah keseluruhan yang telah berjaya diperolehi sejak tahun 1950 adalah sebanyak 36 pingat.
Kuala Lumpur ’98 bukan sahaja telah berjaya dianjurkan oleh negara dengan cemerlang tetapi lebih membanggakan ialah kejayaan para atlet negara mencipta sejarah dengan menduduki tempat keempat keseluruhan di antara 70 buah negara anggota Komanwel. Kontinjen Malaysia telah berjaya memperolehi 10 pingat emas, 14 perak dan 12 gangsa yang berjumlah 36 kesemuanya dan ini telah menyamai keseluruhan pingat yang diperolehi sejak dari tahun 1950 hingga 1994.
Prestasi atlet negara di Sukan Komanwel meningkat dengan jumlah pungutan pingat bertambah dari satu temasya ke temasya berikutnya. Di Sukan Komanwel Melbourne 2006, kontinjen negara memperolehi 7 pingat emas menerusi sukan badminton (4), boling padang (2) dan satu dari angkat berat. Antara penyumbang pingat emas berkenaan adalah pemain badminton Dato’ Lee Chong Wei, atlet angkat berat Mohd Faizal dan Siti Zalina Ahmad (boling padang).
Pada Sukan Komanwel New Delhi 2010 pula, Kontinjen Malaysia melakar sejarah apabila mengumpul bilangan pingat emas paling tinggi dalam sejarah Sukan Komanwel. Malaysia berjaya meraih 12 pingat emas, melepasi sasaran 10 emas yang dimenangi ketika menjadi tuan rumah temasya itu di Kuala Lumpur pada 1998. Empat pingat emas disumbangkan menerusi badminton, menembak (dua), angkat berat (dua) dan masing-masing pingat emas dari sukan berbasikal, akuatik terjun, gimrama dan skuasy.
Pada temasya di Glasgow, Scotland, kontinjen negara membawa pulang enam butir emas, daripada sasaran tujuh yang ditetapkan untuk kedudukan ke 12 keseluruhan.
Sukan Komanwel di Gold Coast, kontinjen Malaysia menduduki tangga ke-12 dengan sejumlah 7 pingat emas, 5 perak dan 12 gangsa sekaligus mengatasi pencapaian 6 pingat emas 4 tahun lalu di Glasgow.​
ms_MYMalay
Skip to content
This Website is committed to ensuring digital accessibility for people with disabilitiesWe are continually improving the user experience for everyone, and applying the relevant accessibility standards.
Conformance status