‘SHARING SESSION’ BERSAMA PEGAWAI DAN ANGGOTA BAHAGIAN ATLET MSN
KUALA LUMPUR, 8 APRIL – Seramai 40 orang kakitangan Bahagian Atlet yang terlibat secara langsung dengan program penyediaan atlet menghadiri Program “Sharing Session” yang diadakan di Cyberjaya hari ini.
Sharing session ini melibatkan beberapa panel jemputan untuk berkongsi pengalaman dan pandangan berkaitan tadbir urus program sukan.
Antara yang menjayakan program ini termasuklah Dato’ Mirnawan Nawawi (bekas pemain hoki negara), Dato’ Seri Abdul Azim Mohd Zabidi (Timbalan Presiden MOM), Dato’ Seri Zolkples Embong (bekas Ketua Pengarah MSN), Allan Pete Soyza (bekas ketua jurulatih skuasy negara), Ahmad Khawari Isa (Pengarang Berita Astro Arena) dan Dato’ Marina Chin (CDM Sukan SEA KL 2017).
Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan lagi kemahiran, kemampuan dan pengetahuan kakitangan Bahagian Atlet yang terlibat.