Slider

SESI LIBAT URUS KETUA PENGARAH MSN BERSAMA WAKIL KKM, JURULATIH DAN WAKIL ATLET

KUALA LUMPUR, 27 FEBRUARI 2021 – Sesi libat urus Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato’ Ahmad Shapawi Ismail bersama wakil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jurulatih dan wakil atlet telah diadakan menerusi aplikasi zoom hari ini.

 

Sesi libat urus ini adalah bertujuan mendapatkan maklum balas dari atlet dan jurulatih mengenai pilihan sama ada akan meneruskan latihan secara “quarantine based” atau ditambah baik.

 

Walau bagaimanapun, jelas Dato’ Ahmad Shapawi perkara ini akan dibincangkan sebelum sebarang keputusan dibuat.

Dalam pada itu, sesi libat urus ini turut melibatkan wakil dari KKM, Dr.Priya Ragunath yang berkongsi maklumat mengenai status terkini wabak COVID-19 di Malaysia ketika ini.

 

Selain itu, beliau turut memberi penerangan berkenaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk panduan semua.

ms_MYMalay
Skip to content
This Website is committed to ensuring digital accessibility for people with disabilitiesWe are continually improving the user experience for everyone, and applying the relevant accessibility standards.
Conformance status