SESI LIBAT URUS KANVAS VISI SUKAN NEGARA 2030 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

SEREMBAN, 29 April – Sesi Libat Urus Kanvas Visi Sukan Negara 2030 (VSN2030) peringkat Negeri Sembilan untuk sukan prestasi tinggi telah berlangsung hari ini.

 

Sesi yang dikendalikan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato’ Ahmad Shapawi Ismail ini diadakan bagi mendapatkan inspirasi dan aspirasi daripada penggiat sukan di Negeri Sembilan.

 

VSN2030 peringkat Negeri Sembilan hari ini melibatkan persatuan sukan negeri, jurulatih dan pemegang taruh sukan Negeri Sembilan seramai 74 orang.

 

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Dato’ Haji Mohamad Taufek Abd Ghani dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Sembilan, YBhg Dato’ Haji Sabudin Haji Sani.

 

VSN2030 adalah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mendengar dan mengumpul aspirasi serta harapan rakyat Malaysia terhadap pemerkasaan sebuah industri sukan yang progresif dan mampan dalam membantu Kerajaan memeta hala tuju pembangunan sukan negara yang baharu secara lebih kolektif.

ms_MYMalay
Skip to content
This Website is committed to ensuring digital accessibility for people with disabilitiesWe are continually improving the user experience for everyone, and applying the relevant accessibility standards.
Conformance status