SESI LIBAT URUS KANVAS VISI SUKAN NEGARA 2030 PERINGKAT NEGERI JOHOR

KOTA ISKANDAR, 25 April – Sesi Libat Urus Kanvas Visi Sukan Negara 2030 (VSN2030) peringkat Negeri Johor untuk sukan prestasi tinggi telah berlangsung hari ini.
 
Sesi yang dikendalikan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato’ Ahmad Shapawi Ismail ini diadakan bagi mendapatkan idea dan pandangan daripada penggiat sukan di Johor.
 
VSN2030 peringkat Negeri Johor hari ini melibatkan persatuan sukan negeri, atlet, jurulatih dan pemegang taruh sukan Negeri Johor seramai 80 orang.
 
Turut hadir Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor, Encik Nor Syazlan Abd. Razak.
 
VSN2030 adalah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mendengar dan mengumpul aspirasi serta harapan rakyat Malaysia terhadap pemerkasaan sebuah insdutri sukan yang progresif dan mampan dalam membantu Kerajaan memeta hala tuju pembangunan sukan negara yang baharu secara lebih kolektif.
ms_MYMalay
Skip to content
This Website is committed to ensuring digital accessibility for people with disabilitiesWe are continually improving the user experience for everyone, and applying the relevant accessibility standards.
Conformance status