SELAMAT PULANG WIRA NEGARA!

KUALA LUMPUR – Juara dunia, Bonnie Bunyau Gustin dan rakan sepasukan,  Jong Yhie Kee tiba di tanah air sebentar tadi.
 
Mereka yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama jurulatih Jamil Adam disambut penghargaan oleh Majlis Sukan Negara yang dihadiri Pengarah Bahagian Paralimpik, En. Mohd Sofian Hamzah.
 
Bonnie menampilkan prestasi luar biasa apabila memecahkan rekod dunia pada kejohanan Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan melakukan angkatan bebanan seberat 230 kilogram dalam kategori lelaki atas 72 kilogram sekaligus menyaksikan beliau merangkul pingat emas acara berkenaan.
 
Bonnie memadam rekod dipegang atlet Iran, Roohallah Rostami yang melakukan angkatan seberat 229 kilogram di Sukan Para Asia Jakarta, Indonesia pada 2018.
 
Jong Yhie Kee turut menceriakan kem powerlifting negara apabila  meraih pingat perak di kejohanan sama dengan angkatan bebanan seberat 239 kilogram dalam kategori bawah 107 kilogram.
 
Kejayaan tersebut menyaksikan Yhie Kee akan mengiringi Bonnie ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang akan berlangsung Ogos ini.
ms_MYMalay
Skip to content
This Website is committed to ensuring digital accessibility for people with disabilitiesWe are continually improving the user experience for everyone, and applying the relevant accessibility standards.
Conformance status