KUALA LUMPUR – Radio Televisyen Malaysia (RTM) lakar detik bersejarah meraikan dua sambutan utama iaitu ulang tahun ke-75 penubuhan RTM dan ulang tahun ke-60 Orkestra RTM.
Sempena sambutan ke 75 ini, RTM berkolaborasi dengan Pos Malaysia untuk menghasilkan Setem Khas Hari RTM Ke-75.
Suara penghubung antara kerajaan dan rakyat menerusi enam saluran TV dan 34 stesen radio, RTM memilih slogan ‘Teman Setia Anda’ yang menekankan peranannya sebagai pejuang agenda penyiaran yang sentiasa bergerak mengikut peredaran zaman dan memenuhi cita rasa pelbagai peringkat umur.