Pendidikan

LATAR BELAKANG

Di dalam merealisasikan Visi MACE sebagai peneraju masa depan atlet yang lebih terjamin, Unit Pendidikan MACE berkolaborasi dengan Kementerian Pengajian Tinggi Awam dan Swasta bagi memberi peluang kepada atlet negara untuk melanjutkan pengajian ke menara gading tanpa mengorbankan karier sukan mereka. MACE sentiasa membantu para atlet untuk memilih bidang pendidikan akademik, teknikal mahupun kemahiran mengikut kecenderungan atlet. MACE juga menyelaras pelbagai medium bantuan seperti biasiswa sukan KPT dan KBS, Baitulmal, Zakat dan sebagainya bagi atlet pelajar yang kurang kemampuan.

PROGRAM ONE STATE ONE UNIVERSITY, ONE CENTRE

Program ‘One State One University, One Centre’ adalah program yang memberi laluan kepada atlet-atlet negeri dan atlet pelapis untuk meneruskan pengajian di Universiti setempat dan dalam masa yang sama meneruskan latihan berpusat di bawah seliaan program Majlis Sukan Negeri dan Majlis Sukan Negara. Atlet bukan sahaja dapat belajar malah dapat berlatih di bawah satu bumbung dengan penyediaan kemudahan latihan dan jurulatih yang bertauliah. Program ini direalisasikan dengan jaringan kerjasama antara tiga pihak iaitu Majlis Sukan Negeri, IPT Setempat dan Majlis Sukan Negara serta menjadi pencetus ke arah melahirkan lebih ramai atlet terutamanya atlet negeri yang lebih berdaya saing dan kompeten dalam aspek pendidikan dan sukan. Keistimewaan program ini juga ialah ianya dapat memberikan nilai tambah bukan sahaja kepada atlet tetapi kepada pengurusan pihak Universiti yang terpilih dan Majlis Sukan Negeri dalam pelbagai perkara. Antaranya, Universiti tersebut akan mempunyai kumpulan atlet dan jurulatih yang terlatih dan seterusnya menggalakkan persekitaran kompetitif antara atlet dan pelajar serta pertandingan di antara universiti-universiti seperti SUKIPT.

8RW Half Wushu CFY&CFW Cheng 1

PENGURUSAN PENDIDIKAN

Unit Pendidikan MACE juga bertanggungjawab untuk menguruskan hal-hal berkaitan pendidikan atlet pelajar di bawah program MSN seperti kemasukan, pertukaran, penangguhan, pelepasan dan penamatan di institusi-institusi berikut;
a. Prauniversiti di Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail.
b. Universiti Awam dan Institusi pendidikan tinggi swasta.
c. Institusi latihan kemahiran awam

Konvo atlet UPM Raw220470 Konvo atlet UPM 3