Kebajikan

Latar Belakang

Unit Kebajikan MACE menyediakan pelan insentif serta kebajikan sebagai penghargaan kepada atlet yang telah mengharumkan nama negara. Antaranya ialah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) dan Skim Kebajikan Atlet Kebangsaan (SKAK). Unit ini juga berperanan untuk mempelbagaikan peluang insentif dan kebajikan kepada atlet. Selain itu, program-program kesedaran dan pengetahuan serta Corporate Social Responsibility (CSR) turut dilaksanakan. Jaringan kerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta diadakan sebagai pemudah cara kepada atlet. Unit ini juga menyelaras skim insurans berkelompok kepada para altet negara.

INSENTIF SHAKAM & SKAK

Insentif SHAKAM yang bermula pada tahun 1986 telah mengalami pelbagai revolusi yang khusus demi kebajikan atlet negara. Pada tahun 2009, Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) ditubuhkan untuk menjaga kebajikan atlet semasa dan bekas atlet. Walau bagaimanapun di atas inisiatif Majlis, SKAK diwujudkan untuk menjaga kebajikan atlet semasa dalam skala yang kecil.

Bermula pada Februari 2009, tugas dan tanggungjawab menjaga kebajikan atlet semasa dan bekas atlet telah diserahkan kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB). Walau bagaimanapun, skim kebajikan yang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara masih diteruskan dalam skala yang lebih kecil. Namun, bidang tugas unit kebajikan tidak terhad kepada skim kebajikan sahaja.

Jenis Bantuan Kebajikan

1. Skim Kebajikan Atlet Kebangsaan (SKAK)

  • Bantuan Khairat Kematian (Atlet dan keluarga terdekat)
  • Bantuan Perubatan
  • Bantuan Bencana Alam
  • Bantuan Kewangan Lain

Status Kelayakan Pemohon

Individu yang layak memohon Skim Kebajikan Atlet Kebangsaan terhad kepada:

  • Atlet Aktif yang di bawah program MSNM
  • Bekas Atlet Kebangsaan (bukan penerima bantuan YAKEB dll)

    (Sila isi dan hantar Borang Maklumat Atlet/Bekas Atlet kepada Cawangan Hal Ehwal Atlet. Muat turun Borang Maklumat Atlet Bekas Atlet)

  • Keluarga terdekat Atlet Aktif yang di bawah program MSN

Pemohon mesti pernah menyertai salah satu temasya/ kejohanan berikut:

  • Temasya Sukan SEA/ Sukan Para Asean
  • Temasya Sukan Asia/Komanwel/ Sukan Para Asia/Komanwel EAD
  • Temasya Sukan Olimpik/ Sukan Paralimpik
  • Kejohanan Asia
  • Kejohanan Dunia

Cara Permohonan:

Semua permohonan hendaklah dibuat melalui:

  • Pengurus Sukan Majlis Sukan Negara
  • Persatuan Sukan Kebangsaan

Dokumen Yang Diperlukan:

  • Bantuan Khairat Kematian
    • Sijil kematian
    • Dokumen yang mengesahkan hubungan antara si mati dengan pemohon
    • Surat pengesahan atlet Majlis Sukan Negara
  • Bantuan Perubatan
    • Laporan Doktor
    • Resit perubatan
    • Surat pengesahan atlet Majlis Sukan Negara
  • Bantuan Bencana Alam
    • Keratan akhbar (jika ada)
    • Laporan polis / bomba (jika ada)
    • Surat pengesahan atlet Majlis Sukan Negara
  • Bantuan Kewangan Lain
    • Dokumen yang berkenaan mengikut situasi kes

2. Elaun Kehilangan Pendapatan (EKP)

Pada tahun 2012, Cawangan Hal Ehwal Atlet diberi tanggungjawab untuk menguruskan pembayaran Elaun Kehilangan Pendapatan kepada atlet di bawah Program Elit.
Elaun ini hanya akan diberi kepada mereka yang memenuhi terma dan syarat sahaja.

3. Skim Perlindungan Insuran

Skim Perlindungan Insuran Majlis Sukan Negara berbentuk Kemalangan Diri Berkelompok

  • Terdapat 2 kategori iaitu:
    • Atlet Normal
      • Perlindungan kemalangan untuk 300 orang atlet/ jurulatih/ pegawai dan staf yang bertugas (berada di bawah program MSN) yang berumur di antara 15 hingga 75 tahun.Kadar Maksimum Perlindungan (Atlet Normal berumur 15-75 tahun)
        PerlindunganKadar (RM)
        Kematian / Kecacatan Kekal100,000.00
        Bil. Perubatan 3,000.00
        Kecacatan Sementara 200.00
        Pengkebumian 2,000.00
        Caj Ambulans500.00
        Belanja Rapatriasi3,000.00
      • • Perlindungan kemalangan untuk 50 orang kanak-kanak (atlet) di bawah program MSN yang berumur di antara 7 hingga 14 tahunKadar Maksimum Perlindungan (Atlet Normal berumur 7-14 tahun)
        PerlindunganKadar (RM)
        Kematian / Kecacatan Kekal50,000.00
        Bil. Perubatan 2,000.00
        Pengkebumian 2,000.00
    • Atlet Paralimpik
      • Perlindungan kemalangan untuk 200 orang ‘unnamed’ atlet paralimpik yang berada di bawah program MSN yang berumur di antara 18 hingga 65 tahun.Kadar Maksimum Perlindungan (Atlet Paralimpik berumur 18-65 tahun)
        PerlindunganKadar (RM)
        Kematian / Kecacatan Kekal75,000.00
        Bil. Perubatan 3,000.00
        Pengkebumian 2,000.00
        Caj Ambulans500.00
        Belanja Rapatriasi3,000.00
  • Dokumen yang diperlukan untuk tuntutan insurans:
    • Kes Kematian
      • Borang tuntutan Kematian (akan diedarkan oleh pihak CHEA)
      • Sijil kematian
      • Surat pengesahan di bawah program
      • Laporan ‘post-mortem’
      • Laporan polis
      • Bil asal yang berkaitan dengan pengembumian
    • Kes Kemalangan
      • Borang tuntutan
      • Surat pengesahan di bawah program
      • Bil asal dan resit bayaran asal perubatan