Kaunseling

Kaunseling adalah:

  • Satu proses menolong secara peribadi dibina atas hubungan mesra ;
  • Satu proses membantu klien (atlet|jurulatih|pegawai ) mengenal kerangka dalaman dirinya;
  • Satu proses mengembang kebolehan dan kemampuan klien ;
  • Satu proses teraputik (membaiki, memupuk, memulih dan mengembang );
  • Satu proses yang melibatkan perhubungan yang terkawal, selamat dan mempunyai etika;
  • Satu proses yang membawa perubahan perlakuan sikap dan pemikiran;
  • Satu proses membantu klien menghadapi hidup dengan realistik;
  • Membantu klien dengan menyesuaikan diri dengan alam persekitaran dan kehendak masyarakat;
  • Membantu klien menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Kaunseling bukan:

  • Kaunseling bukan aktiviti memberi nasihat, membuat cadangan atau saranan.
  • Kaunseling bukan aktiviti menemu bual.
  • Kaunseling bukannya aktiviti penyaluran individu kepada pekerjaan.
  • Kaunseling bukannya tindakan mengancam, memaksa atau memujuk.

Fungsi Unit Psikologi Dan Kaunseling

  • Membantu klien (atlet|jurulatih|pegawai ) untuk memahami diri dan situasi;
  • Menyediakan alat-alat ujian dan inventori psikologi untuk keperluan atlet
  • Menerima realiti hidup;
  • Membuat perancangan realistik;
  • Menyedari tanggung jawab dan perbuatan diri;
  • Boleh menyesuaikan diri;
  • Memantapkan peribadi ,mengawal emosi dan tingkah laku;
  • Menjadi individu yang berguna.

Bagaimana Kaunseling Boleh Dijalankan

  • Bersemuka
  • Dalam Talian

Perkhidmatan Kaunseling Yang Diberikan

  • Kerjaya
  • Rundingan / Konsultasi
  • Ujian Psikologi

Asas Yang Dipegang Dalam Kaunseling

  1. Etika Kerahsiaan
  2. Empati
  3. Saling Mempercayai

Cara Untuk Mendapatkan Perkhidmatan Sesi Kaunseling

Sila hubungi pegawai yang bertanggungjawab: –

Puan Norrul Huda Ngah KB.PA

Cawangan Kerjaya Dan Pendidikan Atlet

Bahagian Pengurusan Sukan

Majlis Sukan Negara Malaysia

Tel. Pej. : 03 -89929778

 

 MSN_4121  gambar kaunseling-5 gambar kaunseling-3 gambar kaunseling-2