KURSUS PENGURUSAN SUKAN KEBANGSAAN(KPSK)

Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan (KPSK) telah dilancarkan buat pertama kalinya oleh YB Menteri Belia dan Sukan, pada 17 Oktober 2011. Kursus ini diwujudkan untuk memberi peluang kepada penggiat dan pentadbir sukan mendapatkan pendidikan secara formal dan sebagai platform ke arah menyediakan tenaga penggerak sukan yang berwibawa dan professional bagi mencapai matlamat Negara sebagai kuasa industri sukan serantau.

 

Kursus Pengurusan Sukan ini diasaskan bagi memberi nilai tambah bagi program pendidikan berterusan dengan aplikasi yang diiktiraf bagi melatih dan meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran di kalangan para penggiat, pentadbir dan pengurus sukan mengikut kehendak dan keperluan sukan tempatan dan antarabangsa. Langkah ini adalah bagi memastikan bahawa aspek pengurusan sukan di Negara ini dilaksanakan mengikut acuan dan keperluan Negara kita sendiri sesuai dengan kehendak budaya dan amalan tempatan agar objektif Dasar Sukan Negara dapat dicapai.

KBS exam2 KBS_PBO KBS exam1

Program Pengurusan Sukan peringkat kebangsaan juga dapat menampung ‘brain drain’ sekiranya berlaku pertukaran jawatan dalam persatuan sukan kebangsaan yang mana seringkali pemegang jawatan yang baru tidak mempunyai peluang untuk menimba ilmu pengetahuan mengenai persatuan sukan. Kursus pengurusan ini dapat membantu semua pihak untuk memahami, menghayati dan mengamalkan asas pengurusan sukan dan memperlihatkan tahap yang serius pihak kerajaan dalam menggembleng tenaga menggerak sukan prestasi tinggi.

 

Walaubagaimanapun, pada masa ini, kursus pengurusan sukan ini dalam proses penambahbaikan modul KSPK yang sedia ada. Sebanyak 7 bengkel pemurnian modul KPSK dan 2 bengkel kursus perintis telah dilaksanakan. Adalah dijangkakan kursus ini akan mula dilaksanakan sepenuhnya pada pertengahan 2019.

MSNPhg2 MSNPhg1