PANDELELA MENANG PINGAT EMAS TERJUN PIALA DUNIA
KUALA LUMPUR, 5 Mei – Penerjun negara, Pandelela Rinong memenangi pingat emas dalam cara 10 meter (m) platform individu di Kejohanan Piala Dunia Terjun FINA di Tokyo.
Pandelela mengumpul 355.70 mata, mengatasi penerjun tuan rumah, Matsuri Arai berada di tempat kedua dengan 342.00 mata, manakala Caeli McKay dari Kanada melengkapkan pentas podium dengan 338.55 mata.
