NEGARA KEHILANGAN PERMATA SUKAN MEMANAH

KUALA LUMPUR, 14 MEI – Atlet memanah Program Podium, Mohd Haziq Kamaruddin telah meninggal dunia pagi ini.
 
Haziq, 27 tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kajang dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
 
YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Belia Dan Sukan yang terkejut dengan berita tersebut turut bersimpati dan menzahirkan rasa dukacita terhadap pemergian Allahyarham yang disifatkannya sudah banyak menabur bakti kepada negara.
 

Arwah Haziq telah mengikuti program Pelapis Serantau MSN pada tahun 2008 di Johor Bharu dan dinaiktaraf ke Program Elit pada tahun 2012 sebelum melayakkan diri   ke  Sukan Olimpik 2012 di London. Arwah juga turut berjaya layak ke Sukan Olimpik Rio 2016 dalam acara recurve berpasukan. 

Arwah juga sedang berlatih bersama rakan sepasukan sebagai  persediaan untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo. Dua kejohanan utama dijadikan sasaran iaitu Kejohanan 2021 Hyundai World Cup Archery, Stage 3 + Final Olympic Qualification Tournament 16 Jun 2021 di Perancis nanti. 

Selain daripada penyumbang pingat emas kepada kontinjen negara di Sukan SEA, arwah juga telah berjaya menyumbangkan pingat gangsa di Kejohanan Memanah World Cup di Salt Lake City 2018 bagi acara recurve berpasukan. 

ms_MYMalay
Skip to content
This Website is committed to ensuring digital accessibility for people with disabilitiesWe are continually improving the user experience for everyone, and applying the relevant accessibility standards.
Conformance status