Last updated on April 1st, 2021
KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato’ Ahmad Shapawi Ismail telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan bersama Pengarah Majlis Sukan Negeri-Negeri.
Mesyuarat kali pertama ini menumpukan kepada pembentangan dan penyelarasan bagi program Pembangunan Sukan seperti Program Pelapis Negeri dan Bakat serta Program Khas seperti Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Program Pembangunan Ragbi Negara (NRDP), Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) Dan Program Pembangunan Bola Jaring Negara (NNDP).
Selain itu, perancangan penganjuran kejohanan dan sirkit remaja tahun 2021 turut dibentangkan disamping pengenalan Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan (KPSK) yang akan mula dilaksanakan.
Dalam pada itu, Dato’ Ahmad Shapawi turut memberi penerangan lebih terperinci mengenai pematuhan SOP Sukan Dan Rekreasi serta kaedah Gelembung Sukan Dalam penganjuran dan latihan sukan selain menjelaskan mengenai pendekatan baru Visi Sukan Negara yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Belia Dan Sukan dalam masa terdekat.