MENTERI BELIA DAN SUKAN TINJAU PERSIAPAN TERAKHIR ATLET TERJUN NEGARA

KUALA LUMPUR, 15 JULAI – Berbaki 8 hari sebelum Sukan Olimpik Tokyo 2020 membuka tirai, Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican mengadakan tinjaun persiapan terakhir atlet terjun di Majlis Sukan Negara.

 

Ini merupakan lawatan tinjauan terakhir sebelum atlet berlepas ke Tokyo 18 Julai ini.

 

Pada sesi perjumpaan berkenaan, Dato’ Sri Reezal Merican telah memberikan kata-kata perangsang dan semangat kepada Nur Dhabitah Sabri, Ng Yan Yee, Pandelela Rinong Pamg, Cheong Jun Hoong dan Leong Mun Yee yang bakal menggalas misi penting bagi membawa pulang pingat untuk negara.

 

Beliau juga percaya dengan semangat juang yang tinggi pada kejohanan Olimpik Tokyo 2020, para atlet yang bakal bertanding pada temasya sukan berkenaan akan mencapai apa yang mereka inginkan dan mencipta sejarah sukan tanahair.

 

“Saya secara peribadi selaku Menteri Belia dan Sukan berpuas hati dengan persiapan yang dibuat oleh atlet kita, apa yang penting kita sama-sama mendoakan kejayaan mereka di Sukan Olimpik di Tokyo nanti”.

 

Turut hadir pada sesi lawatan berkenaan Dato’ Ahmad Shapawi Ismail (Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara), Datuk Wira Lee Chong Wei (Chef de Mission) dan Encik Ahmad Faedzal Md Ramli (Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara).

ms_MYMalay
Skip to content
This Website is committed to ensuring digital accessibility for people with disabilitiesWe are continually improving the user experience for everyone, and applying the relevant accessibility standards.
Conformance status