MENTERI BELIA DAN SUKAN MENGADAKAN PERJUMPAAN SECARA MAYA BERSAMA BARISAN ATLET SUKAN OLIMPIK TOKYO 2020

KUALA LUMPUR, 11 JULAI – YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan mengadakan sesi perjumpaan secara dalam talian bersama 30 orang atlet negara yang akan menyertai temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada hari ini.

 

Pada sesi perjumpaan berkenaan, YB Dato’ Sri Reezal Merican merakamkan ucapan tahniah kepada semua atlet yang telah terpilih menjadi sebahagian daripada “TeamMalaysia” ke Olimpik Tokyo 2020. Beliau turut menyatakan keyakinan dan kepercayaan yang tinggi kepada kesemua 30 orang atlet yang bakal beraksi di Tokyo nanti.

 

“Kesemua 30 orang yang berada di hadapan saya pada ketika ini merupakan “wirawan dan wirawati negara” yang sanggup dan bersedia, memikul harapan lebih 32 juta rakyat Malaysia! Kesediaan itu sendiri adalah sesuatu yang luar biasa!,”kata YB Dato’ Sri Reezal Merican.

Sesi

ini antara lain menjadi medan interaksi YB Dato’ Sri Reezal Merican dengan para atlet untuk mendengar sendiri harapan serta persediaan mereka dalam tempoh berbaki 13 hari lagi menuju Olimpik. Para atlet turut melahirkan rasa keterujaan disamping debaran untuk beraksi membawa JalurGemilang di temasya terbesar dunia ini.

 

YB Dato’ Sri Reezal Merican turut melahirkan rasa bangga dengan prestasi dan kesungguhan mereka menempuh laluan berliku untuk sampai ke pentas Olimpik.

 

Beliau turut menambah, kejohanan Olimpik pada kali ini amat berbeza daripada kejohanan edisi terdahulu. Olimpik Tokyo 2020 memberi ujian, dugaan dan tahap kesabaran dalam kalangan atlet serta jurulatih yang terlibat dengan persiapan Road to Tokyo.

“Berhadapan dengan cabaran virus COVID-19 yang melanda seluruh dunia, sudah pasti ia telah merencatkan persediaan  rapi atlet dan jurulatih yang akan beraksi di Tokyo nanti. Olimpik Tokyo merupakan area ltestofresilience bukan sahaja kepada kontinjen kita, malahan kontinjen dari seluruh dunia.

 

Terdahulu YB Dato’ Sri Reezal Merican menyampaikan titah ucapan tahniah dan selamat maju jaya daripada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada atlet yang telah berjaya melayakkan diri ke Olimpik Tokyo 2020 selain mengharapkan semua atlet dapat mempamerkan prestasi yang terbaik disamping menjaga keselamatan diri ketika di sana.

 

Turut hadir pada sesi pertemuan berkenaan Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Norza Zakaria, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk M Noor Azman Taib, Ketua Setiausaha KBS, Dato’ Ahmad Shapawi Ismail Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Wira Lee Chong Wei, Chef de Mission dan Encik Ahmad Faedzal Md Ramli Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara(ISN).

ms_MYMalay
Skip to content
This Website is committed to ensuring digital accessibility for people with disabilitiesWe are continually improving the user experience for everyone, and applying the relevant accessibility standards.
Conformance status