JAWATAN KOSONG

Dihantar pada : 12 Jan 2018 | Makluman Semasa

Kami mempelawa WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan, berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi jawatan bertaraf KONTRAK seperti berikut:-

 

PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H19 (ELEKTRIK) – 2 KEKOSONGAN

 

Syarat Lantikan:

(i) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,377.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,435.12); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,435.12); atau

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,493.24).

(v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,493.24).

(vi) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun melalui laman web Majlis Sukan Negara Malaysia di www.nsc.gov.my. <<muat turun borang>>

2. Semua permohonan hendaklah disertakan dokumen-dokumen yang DISAHKAN seperti berikut:-

(i) Salinan Sijil PMR/PT3/SPM/STPM dan setaraf; dan
(ii) Salinan Diploma/Ijazah dan sijil-sijil kemahiran yang berkaitan; dan
(iii) Salinan Sijil Berhenti Sekolah; dan
(iv) Salinan kad pengenalan.

3. Permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK.

ALAMAT DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN:
Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 JANUARI 2018 (RABU) melalui emel recruitment@nsc.gov.my atau dialamatkan kepada:-

Cawangan Sumber Manusia
Aras 4, Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil,
57000 Kuala Lumpur