MAJLIS SUKAN NEGARA MELANCARKAN TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN WARGA SUKAN

KUALA LUMPUR, 22 MEI – Atlet dan jurulatih sukan negara hari ini melancarkan Tabung Kemanusiaan Palestin Warga Sukan secara dalam talian sebagai satu inisiatif kemanusiaan membantu rakyat Palestin yang sedang memerlukan.

 

Lebih 300 orang atlet dan jurulatih yang terlibat melahirkan keprihatinan mereka terhadap isu semasa yang sedang berlaku di Palestin dan berharap usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban ketika mereka dalam keadaan sukar ini serta mendoakan kesejahteraan seluruh rakyat Palestin.

 

Antara atlet yang memberi sokongan adalah Luqman Al Hafiz Zulfa (Gimnastik), Kirtana Ramasamy (Olahraga), Tan Cheong Ming (Wushu), Chew Wei Lun (Boccia), Sarah Yap Khim Wen (Taekwondo), Mohd Fauzi Khalid (Silat), Cheah Like Hou (Para Badminton), Farah Ann Abd Hadi (Gimnastik), Mohd Fadhil Zonis (Berbasikal), Wendy Ng Yan Yee (Terjun), Muhammad Ziyad Zolkefli (Para Olahraga), Azizulhasni Awang (Berbasikal) dan Datuk Nicol David (bekas atlet skuasy).

 

YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan menzahirkan penghargaan beliau terhadap keprihatinan barisan atlet dan jurulatih yang mencetuskan ilham penubuhan Tabung ini. Isu kemanusiaan adalah isu kita bersama; merentas batas agama, bangsa dan kepercayaan dan seharusnya ia tidak harus dilihat dari kaca mata yang sempit.

 

Sementara itu, YBhg Dato’ Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara turut memaklumkan bahawa Tabung Kemanusiaan Palestin Warga Sukan ini adalah satu usaha bersama dan sumbangan kecil warga sukan negara kepada kemanusiaan.

 

“Sukan adalah suara universal dan kita turut terkesan dengan isu-isu kemanusiaan yang berlaku di Palestin. Semoga sumbangan kecil ini, sedikit sebanyak dapat melengkapi keperluan mereka di sana” tambah beliau lagi.

 

Tabung Kemanusiaan Palestin Warga Sukan ini dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan boleh menerima sumbangan sama ada daripada individu mahupun organisasi.

 

Sumbangan melalui akaun bank, Affin Islamic, No Akaun: 105200000268 (Majlis Sukan Negara Malaysia) atas nama Tabung Kemanusiaan Palestin Warga Sukan.

 

ms_MYMalay
Skip to content
This Website is committed to ensuring digital accessibility for people with disabilitiesWe are continually improving the user experience for everyone, and applying the relevant accessibility standards.
Conformance status