MAJLIS SUKAN NEGARA ANJUR SUKMA, PARA SUKMA 2022

PUTRAJAYA, 28 Oktober – Majlis Sukan Negara (MSN) akan menganjurkan Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 dan Sukan Para SUKMA 2022.
 
Perkara itu diumumkan Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA di KBS petang tadi.
 
Beliau berkata tarikh penganjuran kedua-dua temasya berkenaan akan dicadangkan oleh pihak MSN untuk kelulusan Jawatankuasa Tertinggi SUKMA dan Para Sukma akan datang.
 
Sementara itu, negeri Johor akan menjadi tuan rumah bagi SUKMA pada tahun 2024.
 
Pengelolaan Sukan Para SUKMA pada 8 hingga 13 Mac dan SUKMA Johor 2020 yang dijadual pada 2 hingga 4 April lalu dibatalkan disebabkan oleh penularan jangkitan COVID-19.
ms_MYMalay
Skip to content
This Website is committed to ensuring digital accessibility for people with disabilitiesWe are continually improving the user experience for everyone, and applying the relevant accessibility standards.
Conformance status