MAJLIS SUKAN NEGARA AMBIL ALIH PUSAT PERAHU LAYAR HANG JEBAT, MELAKA

KUALA LUMPUR (16 NOVEMBER) – Pusat Perahu Layar Hang Jebat, Melaka bakal dijadikan kompleks pelayaran kedua Majlis Sukan Negara (MSN) selepas Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan Langkawi, Kedah.

 

Dengan adanya kompleks pelayaran kedua ini, MSN akan menempatkan pelayar-pelayar kebangsaan dalam kategori kelas bot yang lebih tinggi iaitu International 470, Laser (Radial dan Standard), dan Windsurfing.

 

MSN akan bekerjsama dengan Universiti Teknikal Melaka (UTEM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah dan Akademi Laut Malaysia (ALAM) bagi membolehkan pelayar-pelayar berumur 17 tahun ke atas dapat melanjutkan pelajaran dan menjalani latihan di pusat pelayaran tersebut pada masa yang sama.

 

Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu telah mengadakan lawatan ke Pusat Perahu Layar Hang Jebat yang secara rasmi diambil alih oleh MSN daripada pengurusan Kerajaan Negeri Melaka pada Julai 2021.

 

Selain itu, MSN juga akan membantu Persatuan Pelayaran Melaka mengaktifkan kompleks pelayaran tersebut sebagai destinasi pelancongan air sekaligus dapat membantu menggerakkan ekonomi masyarakat setempat yang merupakan kawasan tarikan pelancong.

ms_MYMalay
Skip to content
This Website is committed to ensuring digital accessibility for people with disabilitiesWe are continually improving the user experience for everyone, and applying the relevant accessibility standards.
Conformance status