LATIF, ZIYAD DAN RIDZUAN KETUAI 22 ATLET DAN JURULATIH KE TOKYO

KUALA LUMPUR, 21 OGOS – 22 atlet dan jurulatih dari 4 jenis sukan iaitu para olahraga, para memanah, boccia dan tenis kerusi roda berlepas ke Tokyo sebentar tadi bagi menyertai Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

 
Kumpulan terbesar ini diketuai 3 pemenang pingat emas di Rio iaitu 2016 Abdul Latif Romly, Muhammad Ziyad Zokefli dan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi serta juara dunia powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin.
 
Atlet lain yang turut berlepas termasuklah Wong Kar Gee, Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin (para olahraga); S. Suresh, Wiro Julin (para memanah); Jong Yee Khie (powerlifting); Chew Wei Lun (boccia) dan Abu Samah Borhan (tenis kerusi roda).
 
Turut hadir memberikan sokongan ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk M Noor Azman Taib dan bekas Menteri Belia dan Sukan YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican.
 
Bagi edisi kali ini, Kontinjen Malaysia akan diwakili 22 atlet yang akan menyertai sembilan jenis sukan.
ms_MYMalay
Skip to content
This Website is committed to ensuring digital accessibility for people with disabilitiesWe are continually improving the user experience for everyone, and applying the relevant accessibility standards.
Conformance status