LATIF PERTAHAN KEJUARAAN, HADIAH PINGAT EMAS KETIGA KONTINJEN MALAYSIA
KUALA LUMPUR, 4 SEPTEMBER – Abdul Latif Romly menghadiahkan pingat emas ketiga Malaysia dalam acara lompat jauh lelaki T20 di Stadium Olimpik Tokyo, sekaligus mempertahankan pingat emas yang dimenanginya di Rio pada 2016.
Tampil sebagai juara bertahan, Latif yang berusia 24 tahun meninggalkan jauh pencabar lain dengan lompatan 7.45m pada percubaan keduanya, yang merupakan lompatan terbaiknya pada penampilan keduanya di pentas Paralimpik.
Atlet berasal dari Perlis itu bagaimanapun tidak meneruskan lompatan terakhirnya selepas mengalami kecederaan pangkal paha ketika melakukan lompatan kelima.
Kejayaan Abdul Latif Stadium Olimpik pada hari ini menyaksikan Malaysia telah mengutip tiga emas, sekali gus mencapai sasaran ditetapkan sebelum ini.
