LAMBAIAN JUARA DEMI MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 17 JULAI – Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin menaruh keyakinan tinggi atlet yang mewakil negara ke temasya Sukan Olimpik Tokyo adalah yang terbaik dan mampu membuahkan pingat emas pertama buat negara.

 
Perdana Menteri sempat meluangkan masa bersama atlet negara memberikan kata-kata semangat pada Flag Off Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
 
Tan Sri Muhyiddin juga berkata, kontinjen Malaysia bukan hanya diwakili oleh 64 orang atlet, jurulatih dan pegawai sokongan, malah diperkuatkan oleh semangat 32 juta rakyat Malaysia yang sama-sama mendoakan pingat emas pertama berjaya diraih atlet negara pada temasya kali ini.
 
Tan Sri Muhyiddin turut mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbolik pelepasan Kontinjen Malaysia ke sukan berprestij dunia itu.
 
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal, Presiden Majlis Olimpik Malaysia, YBhg Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, Chef de Mission Sukan Olimpik Tokyo 2020, YBhg. Datuk Wira Lee Chong Wei dan Duta Jepun ke Malaysia Hiroshi Oka.
 
Ini merupakan kumpulan kedua melibatkan atlet dan jurulatih dari sukan terjun, badminton, memanah, gimnastik dan renang berlepas ke Tokyo selepas kumpulan pertama terdiri daripada atlet pelayaran berlepas ke Tokyo pada 8 Julai lalu, manakala baki atlet dijangka berlepas 25 Julai ini.
ms_MYMalay
Skip to content
This Website is committed to ensuring digital accessibility for people with disabilitiesWe are continually improving the user experience for everyone, and applying the relevant accessibility standards.
Conformance status