Last updated on November 15th, 2021
KKIS BERI PEMAHAMAN LEBIH MENGENAI EKOSISTEM INDUSTRI SUKAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR, 13 NOV –Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker merasmikan Konvensyen Kerjaya Industri Sukan (KKIS) 2021 di ibu negara hari ini.
KKIS bertujuan memberi peserta pemahaman lebih luas mengenai ekosistem Industri Sukan Malaysia. Tarikan utama KKIS 2021 adalah sesi libat urus Dasar Industri Sukan Negara yang menampilkan para pemain industri sukan bagi membantu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Sekretariat Industri Sukan (SIS) untuk merangka Dasar Industri Sukan yang lebih mantap, menepati kehendak industri sukan dan berupaya ke tahap yang setaraf dengan negara-negara maju lain.
Konvensyen ini merupaka anjuran bersama Institut Pembangunan Kecemerlangan Kempimpinan (iLEAD), Majlis Sukan Negara (MSN), dan Sekretariat Industri Sukan (SIS) Kementerian Belia dan Sukan.
Majlis perasmian turut dihadiri oleh YBrs. Puan Ramona Mohd Razali (Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), YBrs. Encik Abdullah Hasan (Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Dato’ Ahmad Shapawi Ismail (Ketua Pengarah MSN), Tuan Haji Mohd Haswandi Haji Ahmad (Ketua Pengarah iLEAD) dan Encik Ahmad Faedzal bin Md Ramli (Ketua Pegawai Eksekutif ISN).
Pada majlis yang sama, YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker turut berkesempatan melihat ruang pameran Majlis Sukan Negara.
