Kerjaya

Latar Belakang
Aspek Kerjaya adalah salah satu teras penting dalam Perancangan Strategi MSN yang fokus kepada kehidupan atlet yang terjamin selepas bersara. Oleh itu, MACE sentiasa mencari dan menyediakan peluang pekerjaan kepada atlet-atlet negara melalui jaringan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

PROGRAM PENGUKUHAN SOFT SKILLS

Program pengukuhan soft skills disediakan untuk membantu seseorang atlet menguasai kemahiran dalam membina hubungan dengan diri sendiri dan membina hubungan dengan persekitaran, khususnya melalui aktiviti komunikasi. Soft skills adalah antara elemen yang dikenalpasti amat kritikal dalam dunia pekerjaan yang bersifat global serta pesat dengan perubahan teknologi.

PROGRAM KEUSAHAWANAN

MACE turut menyediakan peluang untuk atlet-atlet yang bakal bersara mengikuti program keusahawanan dan bantuan khidmat kepakaran bagi menceburi bidang keusahawanan.