KEHANGATAN SUKAN OLIMPIK TOKYO SEMAKIN TERASA!

KUALA LUMPUR, 9 JULAI –

Berbaki 14 hari, kehangatan Sukan Olimpik 2020 yang akan berlangsung di Tokyo pada 23 Julai ini semakin dirasai.

 

Kehangatan temasya 4 tahun sekali ini turut dirasai pegawai dan anggota Majlis Sukan Negara yang terlibat secara langsung mengurus dan menyelaras mengenai Kontinjen Malaysia ke Tokyo.

 

Sekretariat Bahagian Temasya Sukan Olimpik 2021 yang berpusat di Majlis Sukan Negara telah diwujudkan bagi membantu sekretariat kontinjen Malaysia yang berpengkalan di Tokyo.

 

Seramai 34 orang kakitangan MSN daripada Bahagian Atlet, Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Korporat telah ditugaskan untuk melancarkan proses gerak kerja sekretariat bermula 8 Julai sehingga 9 Ogos 2021 dari jam 8 pagi hingga 10 malam.

 

Antara fungsi utama sekretariat termasuklah menyelaras maklumat kontinjen, menyediakan jadual pertandingan dan mengemaskini keputusan pertandingan melibatkan atlet negara.

ms_MYMalay
Skip to content
This Website is committed to ensuring digital accessibility for people with disabilitiesWe are continually improving the user experience for everyone, and applying the relevant accessibility standards.
Conformance status