Last updated on Disember 26th, 2020

KAUNSELING

Slider
Laman Utama / Kaunseling

LATAR BELAKANG

Perkhidmatan kaunseling Cawangan MACE yang berorientasikan Rundingan Dan Kaunseling ditawarkan khas kepada atlet negara dan warga sukan amnya. Ia sebagai satu amanah Majlis Sukan Negara dalam melahirkan atlet yang sihat sejahtera psikologi dan fizikal. Perkhidmatan kaunseling beroperasi pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang di bilik kaunseling yang terletak di casa 2 MSN. Perkhidmatan ini dijalankan pada hari Isnin – Jumaat sama ada secara panggilan telefon atau bersemuka (Walk In) atau temujanji.

OBJEKTIF PERKHIDMATAN KAUNSELING

Matlamat perkhidmatan ini ialah untuk mencapai kesejahteraan atlet dan warga sukan amnya disamping membantu visi dan misi Majlis dalam melahirkan atlet yang cemerlang dalam aspek fizikal, mental dan spiritual.

FUNGSI PERKHIDMATAN KAUNSELING DI MACE

Membantu klien memahami diri dan situasi: Perkhidmatan dan pertolongan adalah berdasarkan isu dan permasalahan yang dihadapi dengan menggunakan prinsip-prinsip Psikologi dan Inventori yang bersesuaian.
Mengenalpasti keperluan:Setiap klien yang hadir mendapatkan Perkhidmatan di Pusat Kaunseling MACE adalah unik. Oleh sebab itu, Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling yang diberikan adalah mengikut keperluan, kebolehan dan batasan klien itu sendiri.
Menerima realiti hidup: Perkhidmatan yang diberikan merupakan bantuan kepada jalan keluar klien terhadap permasalahan yang dihadapi. Maka, klien hendaklah menghadapi realiti hidup mereka dengan penuh tanggungjawab dan menerimanya.
Membuat perancangan realistik:Setiap masalah dan isu pasti ada jalan penyelesaiannya, oleh itu, melalui perkhidmatan ini klien akan diberikan pemahaman tentang strategi dan langkah-langkah perancangan kehidupan yang lebih realistik berdasarkan kebolehan klien.
Menyedari tanggungjawab dan perbuatan diri: Individu yang menghadapi masalah dalam kehidupannya adalah disebabkan kurangnya rasa tanggungjawab terhadap diri dan perbuatan. Oleh sebab itu, perkara utama dalam Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling Pusat Kaunseling MACE adalah membawa klien untuk menyedari akan tanggunjawab diri dan perbuatan diri.

SENARAI PERKHIDMATAN KAUNSELING DI MACE

Jenis perkhidmatan yang disediakan di MACE ialah sesi kaunseling dan rundingan seperti:
-Kaunseling Individu/Peribadi
-Kaunseling Keluarga/Rumahtangga/Perkahwinan/Pra-Perkahwinan
-Kaunseling Kerjaya/Akademik
-Kaunseling Kelompok
-Kaunseling Trauma
-Inventori Psikologi
-Perkhidmatan Maklumat Dan Sebagainya
-Ujian-Ujian Psikologi

Cara Untuk Mendapatkan Perkhidmatan Sesi Kaunseling

Sila hubungi pegawai yang bertanggungjawab: –
Puan Noorul Hidayah Binti Nemat
Cawangan Kerjaya Dan Pendidikan Atlet
Athlete’s Centre, Gimnasium 3
Majlis Sukan Negara Malaysia
Tel. Pej. : 03 -89929627
ms_MYMalay
Skip to content
This Website is committed to ensuring digital accessibility for people with disabilitiesWe are continually improving the user experience for everyone, and applying the relevant accessibility standards.
Conformance status