JUN HOONG LAYAK KE OLIMPIK TOKYO 2020
Cheong Jun Hoong membuktikan terjunannya masih berbisa apabila menguasai acara kelayakan 10 meter platform individu di Kejohanan Terjun Piala Dunia di Jepun.
Jun Hoong mengumpul 345.30 mata sekaligus berjaya meraih slot ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Seorang lgi wakil negara, Pandelela Rinong menamatkan saingan di kedudukan keempat.
Pandelela sudahpun mengesahkan tempat ke Tokyo dalam acara 10 meter seirama bersama Leong Mun Yee.
