JONG YEE KHIE SUMBANG PINGAT KEDUA BUAT KONTINJEN MALAYSIA
KUALA LUMPUR, 30 OGOS – Jong Yee Khie menghadiahkan pingat kedua negara iaitu pingat perak di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dalam acara powerlifting dalam kelas 107 kilogram (kg).
Atlet Mongolia, Enkhbayaryn Sodnompiljee merangkul emas dengan mencatatkan rekod Paralimpik menerusi bebanan 245 kg, manakala Saman Razi dari Iran meraih gangsa dengan angkatan 231 kg.
Kejayaan Yee Khie itu adalah sumbangan pingat kedua kontinjen negara di Tokyo, selepas Bonnie Bunyau Gustin menghadiahkan pingat emas kategori 72 kg dengan angkatan 217 kg, yang juga rekod baharu Paralimpik pada Sabtu lalu.
