JOHOR DESTINASI PERTAMA PROGRAM JELAJAH SOKONGAN KONTINJEN ROAD TO TOKYO 2020

ISKANDAR PUTERI, 25 APRIL – Johor menjadi destinasi pertama Program Jelajah Sokongan Kontinjen Road To Tokyo 2020 selepas flag off jelajah yang disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican sempena Detik 100 hari ke Tokyo pada 14 April lalu di Bukit Jalil.

 

Kayuhan dilepaskan oleh YB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor di Bangunan Dato’ Jaafar Mohamad, Kota Iskandar hari ini.

 

Kayuhan yang melibatkan warga Johor itu akan melalui 3 lokasi berbeza iaitu di Anjung Mydin Nusajaya, Bazar Ramadhan Gelang Patah dan Bazar Ramadhan Perling Mall.

 

23 kenderaan turut terlibat dalam perarakan hari ini antaranya termasuklah kenderaan utama yang membawa tema #DemiMalaysia manakala kenderaan kedua bertemakan Road To Tokyo 2020 dengan paparan wajah-wajah atlet negara yang layak ke temasya Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

 

Program Jelajah Sokongan Kontinjen Road To Tokyo 2020 adalah bertujuan mendapatkan sokongan masyarakat sekaligus membangkitkan semangat atlet yang akan berjuang di temasya Sukan Olimpik yang akan berlangsung pada 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 dan Sukan Paralimpik yang akan diadakan pada 24 Ogos hingga 5 September 2021.

 

Jelajah ini akan membuat penampilan di negeri-negeri yang lain dan Melaka akan menjadi destinasi seterusnya dimana akan diadakan pada 27 April 2021 dan Negeri Sembilan pada 29 April 2021.

ms_MYMalay
Skip to content
This Website is committed to ensuring digital accessibility for people with disabilitiesWe are continually improving the user experience for everyone, and applying the relevant accessibility standards.
Conformance status