Kuala Lumpur: Juara bertahan, Ivan Yuen dan Low Wee Wern masing-masing mengekalkan gelaran juara kebangsaan kategori perdana lelaki dan wanita selepas memenangi final Kejohanan Skuasy Kebangsaan Ke-36 yang berlangsung di Arena Nicol David, Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.
Ivan yang juara penyandang juara sejak 2017, mengambil masa 48 minit untuk menundukkan pemain kebangsaan yang juga pemain pilihan kedua kejohanan Muhammad Syafiq Kamal dengan 11-8, 11-9 dan 11-6.
Terdahulu, pemain nombor satu wanita negara Low Wee Wern diasak hebat dalam pertarungan selama 57 minit sebelum memenangi perlawanan akhir itu dengan kemenangan 3-11, 11-7, 11-6, 3-11 dan 11-9 ke atas Juara 2018, S Sivasangari.
SelanjutnyaIvan yang juara penyandang juara sejak 2017, mengambil masa 48 minit untuk menundukkan pemain kebangsaan yang juga pemain pilihan kedua kejohanan Muhammad Syafiq Kamal dengan 11-8, 11-9 dan 11-6.