INSKEN PERSIAPKAN ATLET NEGARA MAJUKAN PERNIAGAAN SELEPAS BERSARA

KUALA LUMPUR, 1 NOV – Dari atlet negara menjadi usahawan berjaya!

 

Dana berjumlah RM337,155 telah diberikan kepada 24 atlet negara sebagai pemangkin untuk mereka menambahbaik atau memulakan perniagaan.

 

Program yang berlangsung selama 6 bulan sejak 23 Julai 2020 ini terdiri daripada 2 kategori iaitu kategori A bagi atlet yg mempunyai perniagaan yg memerlukan bimbingan serta melonjakkan perniagaan ke skala seterusnya manakala bagi kategori B bagi atlet yg ingin menceburi bidang keusahawanan.

 

Sebanyak 50.4% jumlah peningkatan hasil jualan dicatatkan daripada 15 atlet negara yang berada di kategori pertama, manakala, 9 lagi atlet akan memulakan perniagaan secara francais.

 

 

Program ini merupakan kerjasama rentas kementerian antara MEDAC dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang dikendalikan oleh INSKEN, Perbadanan Nasional Berha (PERNAS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi Sekretariat Kerjaya dab Pendidikan Atlet (MACE).

 

Atlet silat negara, Mohd Fauzi Khalid antara peserta program ini yang menjalankan perniagaan makanan tambahan, minyak kelapa dara berkata program ini berjaya membantu meningkatkan hasil jualan dan memantapkn teknik promosi produk serta memperkemas strategi perniagaan dengan lebih berkesan.

 

Program ini turut disertai atlet lain termasuklah Alia Sazana Azahari (menembak), Mohammad Alif Mohamad Alwi (para olahraga), Leong Mun Yee (terjun), Siti Noor Iasah Mohd Ariffin (para olahraga) dan Muhamad Aznil Bidin (angkat berat).

 

Majlis Penyerahan Bantuan Program Bimbingan Usahawan Atlet ini dirasmikan Menteri MEDAC, YB Tan Sri Noh Omar dan turut disaksikan Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu.

ms_MYMalay
Skip to content
This Website is committed to ensuring digital accessibility for people with disabilitiesWe are continually improving the user experience for everyone, and applying the relevant accessibility standards.
Conformance status