HARI SUKAN NEGARA 2021 DISAMBUT SECARA HIBRID

PUTRAJAYA, 9 OKTOBER – YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia melancarkan Hari Sukan Negara (HSN) 2021 secara hibrid hari ini.
 
Ketika berucap melancarkan HSN 2021 itu, Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat untuk menjadikan sukan dan riadah dalam norma baharu sebagai amalan harian Keluarga Malaysia yang sihat, aktif dan cergas.
 
Perdana Menteri turut meluangkan masa dengan menyertai beberapa acara yang diadakan di pekarangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) antaranya senamrobik, bola jaring, bola keranjang selain meninjau aktiviti sukan permotoran.
 
Perdan Menteri turut berkesempatan melawat ruang pameran Majlis Sukan Negara dan beramah mesra bersama pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Cheah Liek Hou (para badminton) yang hadir bersama jurulatih, Datuk Abdul Rashid Rashid Dato’ Haji Mohd Sidek.
 
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu, Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN), YBhg. Datuk M Noor Azman Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan dan YBrs. Dato’ Dr. Hajah Wasitah Haji Mohd Yusof, Ketua PengarahJabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).
 
Selepas ditangguhkan penganjuran pada tahun lalu akibat COVID-19, HSN2021 julung kalinya diadakan dengan mengetengahkan konsep program sukan secara virtual (maya) dan bersifat “community centric” iaitu aktiviti dilakukan tanpa memerlukan peralatan khususdi sesuatu lokasi.
ms_MYMalay
Skip to content
This Website is committed to ensuring digital accessibility for people with disabilitiesWe are continually improving the user experience for everyone, and applying the relevant accessibility standards.
Conformance status