TINJAUAN PERSIAPAN TERAKHIR ATLET BADMINTON KE OLIMPIK TOKYO 2020

KUALA LUMPUR, 2 JULAI –YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan mengadakan tinjauan persediaan dan persiapan akhir atlet badminton negara yang akan menggalas tugas besar di temasya Olimpik Tokyo 2020 di Akademi Badminton Malaysia hari ini.  

 
Ketika sesi pertemuan bersama Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann, YB Dato’ Sri Reezal Merican turut dimaklumkan para atlet telah bersedia untuk menghadapi temasya Sukan Olimpik di negara matahari terbit itu nanti. 
 
YB Dato’ Sri Reezal Merican dalam pada itu berkata seramai 8 orang atlet (4 Lelaki, 4 Wanita) telah secara rasmi layak secara merit ke Tokyo melalui Ranking BWF Race to Olympic.  
 
“Pasukan Badminton Negara mempunyai wakil 5 kategori iaitu Perseorangan Lelaki & Wanita, Beregu Lelaki & Wanita dan Beregu Campuran. Senarai atlet yang layak adalah Lee Zii Jia (Perseorangan Lelaki / Rank: 9), Soniia Cheah (Perseorangan Wanita / Rank 19), Aaron Chia / Soh Wooi Yik (Bergu Lelaki / Rank 9), Chow Mei Kuan / Lee Meng Yean (Bergu Wanita / Rank 10) dan Chan Peng Soon / Goh Liu Ying (Bergu Campuran / Rank 7)”.
 
Kesemua atlet badminton negara akan membuat penampilan pertama di temasya Sukan Olimpik kecuali bagi pasangan Chan Peng Soon / Goh Liu Ying yang akan membuat penampilan ketiga di temasya Sukan Olimpik 2020 ini, selepas London (2012) dan Rio (2016).
 
YB Dato’ Sri Reezal Merican turut menjelaskan selain giat menjalani program latihan yang khusus, para atlet badminton negara turut mengikuti sesi perkhidmatan psikologi yang menjadi aspek utama dalam fasa akhir ini bagi membantu atlet-atlet mengekalkan tahap motivasi dan fokus kepada latihan dan pertandingan. 
 
Kesemua atlet dan jurulatih badminton negara dijadualkan akan terbang ke Tokyo pada 17 Julai 2021 untuk persiapan di sana sebelum pertandingan bermula pada 24 Julai hingga 2 Ogos 2021 di Mushahino Sports Plaza. 
 
Turut hadir pada sesi lawatan berkenaan YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Norza Zakaria, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Dato’ Ahmad Shapawi Ismail Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) dan Datuk Wira Lee Chong Wei, bekas pemain badminton nombor satu negara selaku Chef De Mission kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
en_USEnglish
Skip to content
This Website is committed to ensuring digital accessibility for people with disabilitiesWe are continually improving the user experience for everyone, and applying the relevant accessibility standards.
Conformance status