SESI LIBAT URUS KANVAS VISI SUKAN NEGARA 2030 BAGI SUKAN PRESTASI TINGGI
KUALA LUMPUR, 18 JULAI – Hampir 300 peserta menyertai Sesi Libat Urus Kanvas Visi Sukan Negara 2030 bagi Sukan prestasi Tinggi secara dalam talian hari ini.
Peserta ini terdiri daripada pemegang-pemegang taruh sukan sukan prestasi tinggi yang mewakili 11 buah negeri kecuali Johor, Melaka dan Negeri Sembilan yang telah pun diadakan secara fizikal pada April lalu.
Sesi dialog yang berlangsung hampir 2 jam ini dikendalikan oleh Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato’ Ahmad Shapawi Ismail.
VSN2030 adalah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan untuk mendengar dan mengumpul aspirasi serta harapan rakyat Malaysia terhadap pemerkasaan sebuah industri sukan yang progresif dan mampan dalam membantu kerajaan memeta hala tuju pembangunan sukan negara yang baharu secara kolektif.
