MENTERI BELIA DAN SUKAN RASMI KOMPLEKS SUKAN MAJLIS SUKAN NEGARA NILAI, NEGERI SEMBILAN

KUALA LUMPUR (30 NOVEMBER) – Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu hari ini merasmikan Kompleks Sukan Majlis Sukan Negara (MSN) Nilai, Negeri Sembilan.

 
Kompleks sukan yang merangkumi keluasan lebih 6 ekar itu akan menjadi pusat latihan atlet negara melibatkan sukan memanah, tinju, muay thai dan silat selain gelanggang futsal turut disediakan.
 
Bakal beroperasi pada Januari 2022, kompleks sukan ini mampu memuatkan lebih 200 atlet dengan 44 buah bilik hostel disediakan.
 
Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS, Encik Abdullah Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, Puan Ramona Mohd Razali, Pengasas dan Pengarah Urusan Skyworld Development Group, Datuk Ng Thien Phing dan Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
 
Turut memeriahkan majlis perasmian hari ini termasuklah lagenda sukan negara, Mejar Sapok Biki (tinju), Muhammad Marbawi Sulaiman (memanah) dan Josiah Ng (berbasikal).
en_USEnglish
Skip to content
This Website is committed to ensuring digital accessibility for people with disabilitiesWe are continually improving the user experience for everyone, and applying the relevant accessibility standards.
Conformance status