MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA TERIMA ANUGERAH CITRA SAHABAT DBP 2020/2021

Pengurusan Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) telah memilih Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) sebagai penerima Anugerah Citra Sahabat DBP 2020/2021 (Kategori Sektor Awam) sempena Hari Inovasi DBP 2020/2021.
 
Anugerah Citra Sahabat DBP merupakan pengiktirafan yang diberikan kepada pihak luar sama ada kepada individu, persatuan, syarikat, pertubuhan, agensi dan sebagainya yang telah memainkan peranan penting dan berkesan dalam membantu DBP menyebarluas dan memartabatkan Bahasa, sastera dan persuratan Melayu.
 
MSN telah bekerjsama dengan DBP melalui beberapa siri program bual bicara menerusi Studio Siaran Langsung Media Sosial DBP yang telah bermula sejak Februari 2021.
 
Sebanyak tiga slot rancangan telah dilaksanakan iaitu Sukan Sebagai Kerjaya Pilihan, Kami Sedia Tawan Dunia dan Kayuhan Emas Olimpik.
 
Melalui kerjasama DBP dan MSN, pelayar media sosial DBP mendapat maklumat berkaitan kisah di sebalik tabir atlet negara termasuk atlet paralimpik.
en_USEnglish
Skip to content
This Website is committed to ensuring digital accessibility for people with disabilitiesWe are continually improving the user experience for everyone, and applying the relevant accessibility standards.
Conformance status