LAGU TEMA "DEMI MALAYSIA" PEMBAKAR SEMANGAT RAKYAT MENUJU TOKYO 2020

KUALA LUMPUR, 10 JULAI – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperdengarkan secara rasmi lagu bertajuk “Demi Malaysia” kepada seluruh rakyat Malaysia melalui saluran media sosial rasmi KBS hari ini.

 

Terdahulu pada 14 April 2021 lalu, YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan ketika melancarkan “Detik 100 Hari Ke Tokyo 2020” telah memperkenalkan tagline Demi Malaysia sebagai sorakan semangat buat atlet negara. 

 

Sorakan semangat Demi Malaysia tersebut kini diangkat sebagai lagu tema rasmi negara yang akan mengiringi kontinjen negara ke temasya Sukan Olimpik 2020 bermula pada 23 Julai 2021 manakala Paralimpik pula bermula pada 24 Ogos hingga 5 September 2021 di Tokyo, Jepun.

 

Lagu hasil ciptaan Zimi dan lirik oleh Jerry ini telah dinyanyikan oleh tiga (3) artis popular tanah air iaitu Dato’ Awie, Jacklyn Victor dan Naim Daniel.

 

Pemilihan ketiga-ketiga artis berkenaan dibuat adalah berdasarkan keunikan suara yang bersesuaian dengan konsep lagu yang digubah selain populariti mereka di kalangan rakyat Malaysia.

 

Demi Malaysia diilhamkan daripada semangat juang para atlet negara yang bakal beraksi di temasya Olimpik Tokyo 2020 bermula pada 23 Julai 2021 ini. Lagu dan lirik pula digubah untuk menyuntik semangat kebersamaan seluruh rakyat Malaysia agar sederap dan selangkah memberi sokongan kepada para atlet kita.

 

KBS turut mendapat kerjasama serta sokongan kumpulan penyokong setia pasukan bola sepak Malaysia iaitu Ultras Malaya untuk memuatkan sorakan (chanting) “Demi Malaysia” di dalam gubahan lagu ini.

 

YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan berkata bahawa komposisi lagu Demi Malaysia ini merupakan manifestasi iltizam dan semangat seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mendahulukan kepentingan negara dalam apa jua keadaan. 

 

YB Dato’ Sri Reezal Merican turut merakamkan penghargaan kepada komposer, penulis lirik serta barisan penyanyi terkenal yang menghidupkan jiwa lagu ini. Beliau juga menghargai sokongan Ultras Malaya yang bersama-sama membangkitkan semangat rakyat Malaysia.  

en_USEnglish
Skip to content
This Website is committed to ensuring digital accessibility for people with disabilitiesWe are continually improving the user experience for everyone, and applying the relevant accessibility standards.
Conformance status