KEJOHANAN REMAJA KEBANGSAAN MEDAN PEMANAS BADAN ATLET TINJU
KUALA LUMPUR, 6 APRIL – 68 atlet tinju dari 12 negeri menyertai Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan yang berlangsung di Kompleks MSN Taman Keramat bermula hari ini sehingga 10 April 2021.
Kejohanan ini merupakan kejohanan pemanas badan buat atlet yang akan menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 2022.
Kejohanan yang mempertandingkan 9 kategori ini dirasmikan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato’ Ahmad Shapawi Ismail.