DATO' AZIZUL KETUAI KUMPULAN TERAKHIR TIBA DI TANAH AIR

KUALA LUMPUR, 9 OGOS – Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020, Dato’ Azizulhasni Awang mengetuai kumpulan terakhir tiba di tanah air dari Tokyo petang tadi.

 
Dato’ Azizul tiba bersama rakan sepasukan Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan ratu terjun Pandelela Rinong dan turut diiringi Menteri Belia dan Sukan YB Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Norza Zakaria, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Dato’ Ahmad Shapawi Ismail.
 
Kesemua yang tiba hari ini akan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari seperti yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
 
Dato’ Azizul turut merakam ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua rakyat Malaysia yang memberikan sorakan semangat dan kata-kata motivasi positif kepada kontinjen negara yang beraksi di Olimpik Tokyo 2020.
en_USEnglish
Skip to content
This Website is committed to ensuring digital accessibility for people with disabilitiesWe are continually improving the user experience for everyone, and applying the relevant accessibility standards.
Conformance status