ATLET NEGARA AGIH BUBUR LAMBUK

KUALA LUMPUR, 21 APRIL – Sebanyak 100 bekas bubur lambuk diagihkan oleh atlet negara kepada orang ramai hari ini.

Program yang bermula sekitar jam 5.30 petang itu diadakan di perkarangan Bazar Ramadhan Stadium Bukit Jalil melibatkan 4 atlet Program Road To Tokyo (RTT) 2020 iaitu Farah Ann Abdul Hadi (gimnastik), Khairul Anuar Mohamamd (Memanah), Muhammad Afiq Mohamad Ali Hanafiah dan Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin(Para Olahraga).

Program ini adalah sebagai salah satu langkah bagi mendapatkan sokongan rakyat Malaysia kepada atlet negara yang akan berjuang di Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Sukan Olimpik akan berlangsung pada 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 manakala Sukan Paralimpik akan diadakan pada 24 Ogos hingga 5 September 2021.

en_USEnglish
Skip to content
This Website is committed to ensuring digital accessibility for people with disabilitiesWe are continually improving the user experience for everyone, and applying the relevant accessibility standards.
Conformance status