Last updated on August 30th, 2021
ANGKATAN EMAS BONNIE BUNYAU HADIAHKAN PINGAT PERTAMA BUAT KONTINJEN MALAYSIA
KUALA LUMPUR, 28 OGOS – Bonnie Bunyau Gustin menghadiahkan pingat emas pertama negara di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dalam acara powerlifting dalam kelas 72 kilogram (kg).
Lebih manis, Bonnie yang melakukan angkatan 228 kg turut menyaksikan beliau memecahkan rekod temasya yang sebelum ini dipegang atlet Iraq, Rasool Mohsin 227kg yang dilakukan ketika di Rio de Janeiro.
Tempat kedua milik atlet dari Mesir, Mahmoud Attia dengan angkatan 191 kg manakala gangsa dimenangi Micky Yule, Great Britain, 182 kg.
