DETIK 100 HARI SUKAN MALAYSIA XX MSN 2022

Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu hari ini hadir pada Majlis Pelancaran Detik 100 Hari Sukan Malaysia XX MSN 2022.

Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang juga produk daripada SUKMA diberi penghormatan menekan butang pelancaran sebagai simbolik 100 hari menjelang SUKMA 2022 bersama tiga atlet negara yang lain iaitu S.Sivasangari (skuasy), Jonathan Wong (menembak) dan Azreen Nabila Alias (olahraga).

Pada majlis sama, turut dilancarkan logo SUKMA dan Para SUKMA serta maskot harimau bernama ‘Oyen’ dan lagu rasmi temasya ‘Demi Malaysia’.

Edisi kali ini bakal dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara bermula 16 hingga 24 September dengan mempertandingkan 31 jenis sukan melibatkan 445 acara dan akan diadakan di sekitar Lembah Klang.

Sukan Para SUKMA pula akan diadakan dari 1 hingga 6 November 2022.

#DemiMalaysia #SUKMAXXMSN2022 #PARASUKMA2022

ms_MYMalay
Skip to content
This Website is committed to ensuring digital accessibility for people with disabilitiesWe are continually improving the user experience for everyone, and applying the relevant accessibility standards.
Conformance status