Slider

#DEMIMALAYSIA BAKAR SEMANGAT #KONTINJENMALAYSIA KE TOKYO

KUALA LUMPUR, 14 APRIL 2021 – Laungan #DemiMalaysia bergema di Dewan Banquet Casa 4 Majlis Sukan Negara tatkala #KontinjenMALAYSIA menghitung hari menuju ke temasya sukan berprestij dunia, Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang berbaki 100 hari.

Slogan #DemiMalaysia merupakan kata azimat yang akan digunakan atlet negara yang akan berjuang di Tokyo Julai ini dalam merealisasikan impian meraih pingat emas pertama di pentas temasya terbesar dunia itu.

Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican dalam ucapannya berkata detik 100 hari ini menandakan persiapan bagi menghadapi temasya terbesar dunia itu kini memasuki fasa akhir.

“Ini bukan untuk memberi tekanan kepada atlet. Tidak sama sekali. Anda harus tahu anda tidak berseorangan dalam perjalan ke Olimpik. #DemiMalaysia adalah laungan amaran kita bukanlah lawan yang mudah di Tokyo nanti”.

Dato’ Sri Reezal berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Detik 100 Hari ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk M Noor Azman Taib; Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria; Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Chef de Mission ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, Datuk Wira Lee Chong Wei.

Pada majlis yang sama, Dato’ Sri Reezal turut melancarkan Program Sokongan Jelajah Road To Tokyo 2020 yang bertujuan mendapatkan sokongan masyarakat seluuruh negara.

Program jelajah secara kayuhan ini akan diwakili oleh rakyat Malaysia yang terdiri daripaa 5 orang setiap negeri dan dijangka akan berakhir di Kuala Lumpur pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 pada bulan Julai nanti.

Pada masa sama, beliau turut melancarkan laman sesawang rasmi KontinjenMalaysia.my yang akan menjadi medium hebahan makluman semasa selain menjadi platform untuk mendapatkan sokongan dan pandangan rakyat terhadap para atlet yang akan berjuang di dua temasya berprestij itu.

ms_MYMalay
Skip to content
This Website is committed to ensuring digital accessibility for people with disabilitiesWe are continually improving the user experience for everyone, and applying the relevant accessibility standards.
Conformance status