Last updated on Februari 24th, 2021
KUALA LUMPUR, 1 Februari – Bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia.
Bekas pemain nombor satu dunia itu menerima 318,943 undian yang diadakan secara dalam talian sejak 8 Januari lalu, menewaskan pencabar utamanya yang juga legenda tarik tali Ireland, James Kehoe yang menerima 113,120 undian untuk berada di tempat kedua.
Legenda powerlifting Ukraine, Larysa Soloviova pula berada di kedudukan ketiga dengan 80,790 undian.