Last updated on Mac 24th, 2022
DATO’ MOHD AZIZULHASNI, TAN CHEONG MIN DINOBAT OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI KEBANGSAAN 2019/2020
Jaguh berbasikal, Dato’ Mohd Azizulhasni Awang dan atlet wushu, Tan Cheong Min ditabal selaku Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan dalam Majlis Anugerah Sukan Negara 2019/2020 yang berlangsung di ibu negara.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan menyampaikan kedua-dua anugerah utama tersebut.
Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
