CHEAH LIEK HOU HADIAH PINGAT EMAS KEDUA KONTINJEN MALAYSIA
KUALA LUMPUR, 4 SEPTEMBER – Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou menghadiahkan pingat emas kedua negara di Sukan Paralimpik Tokyo selepas melakar kemenangan ke atas pemain Indonesia, Dheva Anrimusthi.
Perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Kebangsaan Yoyogi sebentar tadi menyaksikan Liek Hou tidak berhadapan masalah untuk melakar kemenangan straight set menewaskan Dheva yang juga pemain nombor satu dunia 21-17, 21-15.
Kemenangan itu menyaksikan pemain berusia 33 tahun berkenaan menjadi penyumbang emas kedua kontinjen negara selepas jaguh powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin memenangi emas pertama minggu lalu.
Sebagai rekod, ini adalah kali pertama sukan badminton di pertandingan di Sukan Paralimpik.
