CDM KETUAI KUMPULAN KEDUA KE SUKAN PARALIMPIK TOKYO 2020

KUALA LUMPUR, 19 OGOS – Chef de Mission, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin mengetuai kumpulan kedua Kontinjen Malaysia berlepas ke Tokyo sebentar tadi.

 
Datuk Seri Megat yang juga Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) berlepas ke Tokyo bersama atlet dan jurulatih sukan para renang dan ping pong.
 
Muhammad Nur Syaiful Zulkafli, Jamery Siga dan Brenda Anellia Larry akan membawa cabaran dalam sukan renang manakala Chee Chaoming merupakan wakil tunggal negara dalam acara ping pong.
 
Terdahulu pasukan para berbasikal telah berlepas ke Tokyo menerusi penerbangan pada sebelah pagi.
 
Sukan Paralimpik 2020 yang dijadual berlangsung dari 24 Ogos hingga 5 September menyaksikan, seramai 22 atlet negara akan menggalas cabaran dalam sembilan jenis sukan membabitkan 32 acara keseluruhan.
ms_MYMalay
Skip to content
This Website is committed to ensuring digital accessibility for people with disabilitiesWe are continually improving the user experience for everyone, and applying the relevant accessibility standards.
Conformance status