BONNIE BUNYAU GUSTIN DAN SITI NOR IASAH KETUAI PERBARISAN KONTINJEN MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 24 OGOS – Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dibuka secara rasmi sebentar tadi oleh Maharaja Jepun, Naruhito di Stadium Olimpik Tokyo.

 
Perarakan masuk Kontinjen Malaysia didahului pembawa Jalur Gemilang, atlet powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin dan atlet para olahraga, Siti Nor Iasah Mohamad Ariffin.
 
Kontinjen negara tampil bergaya mengenakan persalinan inspirasi dari pemakaian Laksamana Hang Tuah. Manakala busana wanita lengkap berdokoh dan selendang.
 
Persalinan Kontinjen Malaysia dihiasi dengan corak songket bunga tabur diolah dari motif tradisional tampuk manggis dimana ia dapat dilihat pada tanjak dan samping serta kain dan selendang wanita.
 
Kontinjen Malaysia diwakili 22 atlet yang akan menyertai 9 jenis sukan.
ms_MYMalay
Skip to content
This Website is committed to ensuring digital accessibility for people with disabilitiesWe are continually improving the user experience for everyone, and applying the relevant accessibility standards.
Conformance status