SYED SADDIQ MENTERI BELIA DAN SUKAN KE-18

Dihantar pada : 02 Jul 2018 | Berita

KUALA LUMPUR, 2 Julai 2018 –¬†Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu.

Ahli Parlimen Muar itu mengangkat sumpah jawatan Menteri  Belia dan Sukan ke-18 dan diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara hari ini.

Syed Saddiq, 26 yang diangkat sebagai menteri termuda dalam sejarah pentadbiran negara juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara.

Steven Sim Chee Keong pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.